09 January 2017

PRESTASI UNIT TRUST 2016 - UNTUNG KE?

Artikel kali ini berkisarkan prestasi Unit Trust sepanjang tahun 2016 yang melibatkan pelbagai syarikat unit trust seperti Public Mutual, CIMB Principal (CWA), PMB Investment, Kenanga, Manulife, Eaastspring, BIMB, AmInvest (AmFunds) dan banyak lagi bersumberkan data daripada Lipper (The Edge #1144 keluaran Jan 9, 2017 - Jan 15,2017).


Dapatkan artikel saya yang TERBARU lagi TERKINI di http://rosyaidiradzi.blogspot.my/


======================

Untuk gambaran menyeluruh prestasi Unit Trust 2016, anda digalakkan mendapat gambaran yang lebih jelas melalui artikel-artikel ini:
  1. Prestasi Unit Trust 2016 - Untung Ke? (KLIK)
  2. Prestasi Unit Trust Malaysia - Mengikut Syarikat (KLIK)
  3. Prestasi Tahunan Calendar Return Unit Trust Malaysia 2009-2016 (KLIK)
======================
ASAS

Unit Trust = Amanah Saham. Konsep mudah: kita minta orang lain (fund manager) uruskan dan laburkan duit kita dalam saham terpilih. Anda tak perlu monitor hari-hari harga NAV unit trust. Berikan 'trust' anda kepada Fund Manager untuk kembangkan duit anda. Konsep sama seperti ASB (ASB juga adalah unit trust). Unit trust adalah medium pelaburan jangkamasa sederhana dan panjang.
Fund / Dana = Tabung (seperti Eastspring Dana Ilham, PMB Shariah Aggresive, Amanah Saham Bumiputra, Amanah Hartanah Bumiputra)
Syarikat unit trust (Unit Trust Management Company, UTMC) = syarikat kewangan berlesen (bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti) yang menguruskan pelaburan ahli dalam fund yang dipilih. Contohnya adalah PMB Investment Berhad, Public Mutual Berhad
* Simpanan dan insurans/takaful anda dilindngi oleh PIDM. Pelaburan ahli dalam unit trust pula dilindungi oleh Trustee (Pemegang Amanah) yang dilantik oleh syarikat unit trust masing-masing.


======================

PRESTASI UNIT TRUST MENGIKUT SECTOR

KLIK gambar ini untuk paparan yang lebih jelas

Berdasarkan data ini, jelas menunjukkan bahawa prestasi dana dari Equity Greater China, Equity Asia Pacific dan Equity Global menunjukkan prestasi yang memberangsangkan secara umum. Data ini adalah purata prestasi dana dalam sector masing-masing.

Untuk tempoh masa 3 bulan (30/9/2016 - 30/12/2016), dana dari Equity Global telah mencatatkan prestasi purata tertinggi sebanyak 5.95%. Ini adalah tempoh masa yang penting sejak Trump menang secara mengejut Presiden US baru-baru ini. Jelas, kemenangan Trump memacu peningkatan keuntungan unit trust Global terutamanya yang melabur di US.

Bagi tempoh 6 bulan (30/6/2016 - 30/12/2016), dana dari Equity Global sekali lagi mencatatkan prestasi terbaik dengan 11.40% diikuti oleh dana dari Equity Greater China (10.37%) dan Equity Asia Pacific (9.03%).

Bond Global umumnya mencatatkan 5.35% untuk tempoh masa setahun (30/12/2015 - 30/12/2016) diikuti Equity Global 4.55% dan Bond Malaysia (4.43%). Terbukti unit trust sector Bond masih mampu memberikan return yang baik tatkala ketidaktentuan ekonomi dunia.

Equity Asia Pacific mencatatkan prestasi yang sangat baik untuk tempoh masa 3 tahun (30/12/2013 - 30/12/2016) dengan pencapaian 24.11% diikuti Equity Greater China dengan 23.29% dan Bond Global 21.69. 

Equity Malaysia SM & Mid Cap adalah sector terbaik bagi tempoh 5 tahun (30/12/2011 - 30/12/2016) dengan catatan 56.48% diikuti Equity Asia Pacific (51.50%) dan Equity Greater China (47.35%).


PRESTASI BURSA MALAYSIA, KLCI

KLIK gambar ini untuk paparan yang lebih jelas

Inilah rumusan sorotan peristiwa sepanjang 2016 yang mempengaruhi naik turun Bursa Malaysia (KLCI). Ada fundamendal tempatan dan ada kesan luaran - serantau / global. Kenaikan dan penurunan KLCI ini umumnya cerminan kepada prestasi unit trust secara umumnya.

KLIK gambar ini untuk paparan yang lebih jelas

Anda nampak apa yang saya nampak?

Prestasi Bursa Malaysia, KLCI dan prestasi Matawang Ringgit Malaysia hampir setara. Kenaikan dan penurunan matawang memberikan kesan yang significant kepada prestasi Bursa Malaysia, KLCI.

KLIK gambar ini untuk paparan yang lebih jelas

Bagaimana pula yang ini?

Kelihatan Prestasi Bursa Malaysia, KLCI hampir setara juga dengan prestasi Brent Oil secara umumnya. Kenaiakn dan penurunan harga Brent Oil sedikit sebanyak mempengaruhi prestasi Bursa Malaysia, KLCI.


KLIK gambar ini untuk paparan yang lebih jelas

Setakat 14 Dec 2016, KLCI mencatatkan -2.9% tatkala stock di negara jiran terdekat mencatatkan prestasi yang sangat baik seperti yang dicatatkan oleh Thailand (18.1%), Vietnam (14.9%) dan Indonesia (14.6%).

KOMEN:

Apa masalahnya dengan Malaysia? 

1) Faktor luaran - Brexit / Trump as US President? semua negara affected dengan fundamental global ini. 

Tetapi mengapa prestasi ekonomi Malaysia teruk - kurang / tidak memberangsangkan berbanding negara lain terutamanya jiran terdekat Indonesia dan Thailand?

2) Faktor dalaman - isu kepimpinan (DS Najib?), isu politik, isu polisi/ dasar, isu ketidakyakinan sistem perundangan/ mahkamah (1MDB?), isu urus tadbir kewangan negara dan pelbagai lagi...

Maksudnya apa?

Mungkin.... selagi mana isu dalaman ini tidak ditangani dan diatasi dengan baik dengan kadar segera, maka kita sukar / lambat untuk menikmati prestasi ekonomi yang mapan seperti yang pernah dikecapi dan dinikmati sebelum ini. 

PRESTASI UNIT TRUST - SECTOR

Saya hanya akan fokuskan kepada prestasi 1 tahun sahaja (30/12/15 - 30/12/2016).

KLIK gambar ini untuk paparan yang lebih jelas

Bagi Equity, Precious Metal Securities (dahulunya adalah AmPrecious Metal) dari AmInvest (AmFunds) unggul teratas dengan catatan 34.34% return untuk tempoh masa setahun. Dana ini adalah 'feeder fund' kepada DWS Noor Precious Metals Securitie. Dana ini banyak melabur dalam syarikat berasaskan gold, precious metal & minerals dan silver. Antara pegangan terbesar adalah di Agnico Eagle MinesLtd, Fresnillo PLC dan Rangold Resources Ltd. 

RHB Global Food Islamic Equity kelolaan RHB Asset Management daripada sector Equity Consumer Staples mencatatkan 15.12%. Dana ini banyak melabuir di Indonesia, Malaysia dan Thailand. Pegangan terbesar adalah Indofood dan Nestle. Pelaburan berasaskan makanan insyaAllah menguntungkan.

Eastspring Dinasti Equity kelolaan Eastspring Investment mencatatkan 10.14%. Dana ini daripada sector equity Greater China banyak melabur  di China, Hong Kong dan Taiwan. Pegangan terbesar adalah di salam syarikat Alibaba Group Holding Limited.

KLIK gambar ini untuk paparan yang lebih jelas

Mixed Asset / Balanced / Dana Imbang adalah pelaburan yang menggabungkan Equity dan Bond / Money Market.

TA BRIC and Emerging Market yang diuruskan oleh TA Investment berjaya menjadi dana terbaik kelas Mixed Asset / Balanced bagi tempoh setahun (30/12/2015 - 30/12/2016) dengan return sebanyak 13.19%. Sesuai dengan namanya, dana ini banyak melabur di BRIC = Brazil, Russia, India dan China).

Dua dana Affin Hwang Asset Management Berhad mencatatkan prestasi yang sangat baik, iaitu Affin Hwang Aiiman Asia Pacific (Ex Japan) Growth yang mencatatkan return 7.86% dan Affin Hwang Aiiman Balanced dengan return 5.52%

KLIK gambar ini untuk paparan yang lebih jelas

Unit Trust - Bond / Sukuk secara umumnya mencatatkan prestasi yang stabil untuk tempoh 1 tahun (30/12/2015 - 30/12/2016).

RHB Islamic Bond mencatatkan prestasi terbaik dengan 6.43% diikuti oleh Libra Asnita Bond (6.21%) dan PB Aiiman Sukuk (6.09%).

KLIK gambar ini untuk paparan yang lebih jelas

Unit Trust - Money Market adalah sangat rendah risiko (Low Risk Low Return, High Risk High Return).

Affin Hwang Aiiman Money Market teratas dengan prestasi 4.81% untuk tempoh masa setahun (30/12/2015 - 30/12/2016). Ia diikuti oleh KAF Islamic Money Market (4.49%) dan Kenanga Islamic Income Series 3 (4.28%).

========================

PRESTASI UNIT TRUST - SUB SECTOR

Data ini diperolehi daripada Lipper (The Edge #1144 keluaran Jan 9, 2017 - Jan 15,2017). Ia memaparkan pretasi Return 3 bulan, 6 bulan dan 1 tahun. Selain itu, Total Return / Cumulative Return untuk 3 tahun dan 5 tahun turut disertakan sekali bersama ranking bagi setiap tempoh.

KLIK gambar ini untuk paparan yang lebih jelas

KLIK gambar ini untuk paparan yang lebih jelas

Equity Malaysia..... dana terbaik bagi tempoh 1 tahun (30/12/2015 - 30/12/2016) adalah AMB Shariah Value Plus, diuruskan oleh Amanah Mutual Berhad, dengan return 3.93%. 

Bagaimanakah prestasi dana popular 2015/2016 seperti PMB Shariah Aggresive, Eastspring Dana Ilham, PMB Shariah Growth, Kenanga Syariah Growth, Public Ittikal, CIMB Islamic Dali Equity dan banyak lagi?

KLIK gambar ini untuk paparan yang lebih jelas

Semua dana dari sector Equity Malaysia Income mencatatkan kerugian (paper loss) dengan Public Islamic Dividen dan Manulife Al-Fauzan menerima kesan yang paling minima dengan return -1.52% dan -1.94% bagi tempoh masa 1 tahun (30/12/2015 - 30/12/2016).

Begitu juga nasibnya dengan Equity Malaysia SM & Mid Cap, semua dananya mencatatkan kerugian dengan Manulife Shariah Progress mencatatkan prestasi terbaik dengan catatan -1.08%.

KLIK gambar ini untuk paparan yang lebih jelas

PB Islamic Asia Equity adalah dana terbaik dari sector Equity Asia Pacific dengan 4.58% bagi tempoh 1 tahun (30/12/2015 - 30/12/2016). Maybank Asia Pac Ex-Japan Equity-i pula adalah dana terbaik bagi sector Equity Asia Pacific Ex-Japan dengan retrun sebanyak 7.44%.

KLIK gambar ini untuk paparan yang lebih jelas

Eastspring Dinasiti Equity terus mengungguli carta bagi tempoh 1 tahun (30/12/2015 - 30/12/2016) bagi sector equity Greater China dengan return sebanyak 10.14%. Ia dituruti oleh Public China Ittikal (6.87%).

Aberdeen Islamic World Equity adalah dana global terbaik dengan return 9.10%. Ia diikuiti oleh Commodities Equity dengan 6.15% dan BIMB Arabesque i Global Dividend (4.72%).

KLIK gambar ini untuk paparan yang lebih jelas

TA BRIC and Emerging Markets adalah dana Mixed Asset (Aggresive - Islamic) yang fokuskan pelaburan di BRIC (Brazil, Russia, India dan China). Perkembangan global yang baik meningkatkan prestasi dana ini dengan return 13.19% untuk tempoh masa 1 tahun (30/12/2015 - 30/12/2016).

Affin Hwang Aiiman Select Income mencatatkan 4.83% untuk meneraju carta prestasi 1 tahun Mixed Asset Conservative (Islamic).

KLIK gambar ini untuk paparan yang lebih jelas

Affin Hwang Aiiman Balanced adalah fund Mixed Asset Balance Malaysia terbaik untuk tempoh 1 tahun (30/12/2015 - 30/12/2016) dengan return 5.57%. 

RHB Islamic Regional Balanced pula adalah fund terbaik bagi sector Mixed Asset balanced Global dengan return 5.42% untuk tempoh yang sama.

KLIK gambar ini untuk paparan yang lebih jelas

Bagi sector Mixed Asset flexible, Public Asia Tactical Allocation mencatatkan prestasi 2.82% bagi tempoh 1 tahun (30/12/2015 - 30/12/2016).

KLIK gambar ini untuk paparan yang lebih jelas

RHB Islamic Bond merupakan dana Unit Trust - Bond terbaik dengan return 6.43% untuk tempoh 1 tahun (30/12/2015 - 30/12/2016). Ia diikuti oleh Libra AsnitaBond dengan return 6.21% bagi tempoh yang sama.

Artikel ini mempunyai sambungan dalam artikel berikutnya -  yang menunjukkan prestasi Unit Trust 2016 secara terperinci bagi setiap syarikat unit trust Malaysia. Sila KLIK untuk ke pautan artikel tersebut.

Q&A

SOALAN 1 : Adakah jangkaan dana Equity Malaysia untuk pulih tahun ini (2017)?

Hardly to say... 
1) Harga NAV unit trust bergantung kepada prestasi pelaburan saham (harga saham dan dividen) bagi sesuatu fund.
2) Umumnya Prestasi saham sesuatu syarikat bergantung banyak kepada faktor syarikat itu sendiri (untung rugi, projek, tender, kepimpinan, permintaan, dan pelbagai), faktor persekitaran (polisi kerajaan, cukai, import eksport, dan pelbagai) serta faktor global (harga minyak, tukaran wang, dan pelbagai) - Technical Analysis dan Fundamental Analysis.
3) Unjuran ekonomi Malaysia oleh Bank Dunia adalah 'biasa2 sahaja' untuk 2017.
4) Sentimen / Isu 1MDB masih menghantui pelabur luar untuk melabur di Malaysia.
5) Faktor Menteri Kewangan (DS Najib)- juga  tak meyakinkn pelabur. 
.
KESIMPULAN
1) Equity Malaysia umumnya dalam keadaan ketidaktentuan. PORTFOLIO PELABURAN sesuatu fund adalah sangat penting untuk kita ketahui kebolehupayaan sesuatu fund untuk perform. 
2) Bond masih instrumen yang selamat - low risk.
3) Equity Asia Pacific dijangka akan terus cemerlang untuk 2017. Indonesia, Thailand, Vietnam, India antara yang mencatatkan prestasi yang meyakinkan.
4) Market US juga menarik. Trump memberikan kesan positif yang besar kepada peningkatan ekonomi US. Peningkatan ini dijangkakan akan berterusan untuk beberapa tempoh. 
5) Faktor paling penting yang menentukan sama ada sesuai atau tidak melabur unit trust sekarang adalah faktor POTENSI / POTENTIAL.

6) Past performance NOT indicate future performance. But at least kita tahu bagus /tak bagus Fund Manager.

SOALAN 2 : Apa indikator yg tn selalu kaji utk tahu POTENSI fund?

Kena tahu Fundamental Analysis dan Technical Analysis.... Technical kita boleh ramal berdasarkan Stochastic, RSI, MACD, EMA, SMA, Bollinger, Volume atau apa sahaja... tahu trend ikut time frame... tetapi untuk Fundamental Analysis ni kena banyak baca dan ambil tahu pelbagai berita dan data ekonomi ... global, local atau apa sahaja yg boleh memberikan reaksi kepada pelabur.

We can't time the market.... but at least we know and follow the trend. 

STRATEGI PELABURAN

1. Rata-rata dana Unit Trust local (Malaysia) mencatatkan prestasi negative dan kurang memberangsangkan berbanding unit trust yang melabur di luar Negara – ASIA PACIFIC & GLOBAL.
2. Pelabur TAK PERLU PANIK dengan kejatuhan harga NAV unit trust sehingga menjual unit secara terburu-buru. Buatlah kajian / dapatkan nasihat yang betul. 
3. Strategi SWITCHING FUND mungkin boleh diguna pakai dan menguntungkan berdasarkan POTENSI yang ada pada dana yang baru. Strategi ini bukan untuk digunapakai sewenang-wenangnya tanpa kajian yang sewajarnya.
4. Pelaburan unit trust adalah berkonsepkan pelaburan jangka masa sederhana – panjang. Cuba ambil tahu akan ASSET ALLOCATION / PORTFOLIO INVESTMENT sesuatu dana untuk mengetahui POTENSI sesuatu dana.
5. Ketika downturn, pasti ada OPPORTUNITY / PELUANG yang terhidang. Study betul-betul setiap peluang yang ada. Research dan analysis yang disediakan oleh pelbagai pakar kewangan / pakar pelaburan/ pakar ekonomi dari Malaysia dan luar Negara mungkin membantu pelabur.
6. Ketika harga NAV rendah, maka pelabur boleh menambah unit pegangan dengan meningkatkan pelaburan. ** Strategi ini menguntungkan berpaksikan (i) dana apa yang dibeli dan (ii) nilai kualiti / potensi sesuatu dana
.
2017 – APA YANG DIJANGKAKAN?
=========================
.
1. PILIHANRAYA UMUM MALAYSIA KE 14. Dijangkakan ia akan memberikan benefit kepada certain stocks. Keputusan pilhanraya juga mungkin akan mengubah orientasi / prospek pertumbuhan ekonomi Negara.


2. POLITICAL RISK DI EROPAH - Pilihanraya di Negara Belanda (March 2017), France (April / May 2017) dan Germany (October 2017).
3. US Fed jangkakan akan ada 3 kenaikan POLICY RATE sepanjang 2017. 
4. Harga minyak mentah dunia (BRENT OIL) dijangkakan naik ke $60/ BARREL.
5. Potensi kenaikan harga CRUDE PALM OIL.
6. Tukaran mata wang dunia banyak bergantung kepada US pasca Trump.
7. USD/MYR =5.00? Company yang berdagang menggunakan US Dollar akan mendapat manfaat.
8. Yen, matawang Japan dijangkakan jatuh lagi berbanding Dollar ---> berita baik kepada “EXPORT-ORIENTED COMPANY”… dan dijangkakan Japanese companies to grow earning in 2017.
9. Market CHINA - RE-ENTERING BULL MARKET. Publict Listed Chinese Companies banyak yang berorientasikan Domestic (perdagangan dalam Negara China) ….. dan tak affected dengan pengukuhan US dollar.
.
NASIHAT PELABURAN
==================
.
1. Pelabur perlu tahu ‘YOUR TYPE OF RISK’ – Low Risk Taker / High Risk Taker 
2. Tetapkan RISK LIMIT DAN TARGET untuk pelaburan.
3. Bagi yang trade stock/saham.. harga yang rendah adalah bagus untuk membeli  at proper entry dengan konsep “BUY AND HOLD’… esp Blue Chip companies.
4. Sebaiknya pelabur DIVERSIFY – ikut (i) sector/industry, (ii) company atau (iii) currency.
5. Pelabur boleh ambil peluang PENGUKUHAN DOLLAR / EKONOMI US dengan membeli asset / unit trust berasaskan pelaburan di US… Terdapat beberapa dana Islamik yang ditawarkan syarikat unit trust Malaysia yang melabur >50% di pasaran US.
6. Bagi saya (personal), ATTACK IS THE BEST DEFENDS. Sebab tu saya suka cadangkan pelaburan di pasaran luar negara yang attractive.
7. Jika pelabur adalah Low Risk Taker…. Yang prefer slowly and steadily return… jangan cuba-cuba terperangkap dengan pelaburan yang High Risk…. beberapa dana Equity Malaysia/ Balanced / Bond mungkin sesuai.
8. JANGAN MENGEJAR MARKET. Kalau dah terlepas sesuatu peluang, just tunggu peluang yang berikutnya. Technical analysis mungkin membantu untuk tahu masa sesuai untuk masuk dan keluar. 
9. Avoid getting in wrong side of waves / trend – just FOLLOW THE TREND… pelabur boleh predict trend berdasarkan Fundamental Analysis dan Technical Analysis.
.
Selamat Tahun Baru! Semoga tahun 2017 memberikan keuntungan dan pertambahan rezeki kepada setiap pelabur! Jom tambahkan SEDEKAH kita!


🟩🟥🟩🟥🟩🟥🟩🟥🟩🟥

Consultant Pelaburan Anda
Mohd Rosyaidi (Adi)
📞 012-5588680 (Wassap (KLIK)

*******************************

🔴🔵🔴🔵🔴🔵🔴🔵🔴🔵


ARTIKEL POPULAR
============

🔴 HOME


PELUANG TAMBAH INCOME 
===================
💙 Bisnes ini boleh dilakukan secara Part Time mahupun Full Time. 
💙 Terbuka pada sesiapa yang nak tambah income.
💙 Saya juga open untuk collaborate dengan mana2 leader.



================================
DISCLAIMER :
Past performance does not reflect future performance. All information in this article / blog is for educational purposes only and should NOT be taken as investment advise, nor as a recommendation or endorse.
Please refer to your agent for details explanation. Thanks.
================================